Sejarah DidikTV KPM

TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak.[7] Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 30 Ogos 1976. Pada April 1998, Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Mohamed Rahmat (kini Allahyarham) mengumumkan penswastaan TV Pendidikan.[8] Bagaimanapun, rancangan untuk penswastaan tidak dilaksanakan kerana TV Pendidikan masih dimiliki oleh Kerajaan.

TV Pendidikan telah bersiaran di Astro Saluran 13 dan kedua-dua stesen terestrial RTM iaitu TV1 dan TV2. Sejak itu, TV Pendidikan bersiaran hanya pada masa setengah hari, maka waktu siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh sebab Astro tidak memperbaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini digantikan kepada NHK World yang kemudiannya dipindahkan ke Saluran 963 dan kini di Saluran 398. TV Pendidikan kembali bersiaran ke stesen terestrial melalui TV9 pada 3 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2008.

DidikTV KPM akan mula bersiaran pada 17 Februari 2021 dari jam 7:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam setiap hari di semua platform televisyen berbayar dan myFreeview.[9]

Rujukan

WikiPedia: DidikTV KPM http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Kom_Tvdidik.htm https://www.eduwebtv.com/ https://www.themalaysianinsight.com/s/104149 https://www.therakyatpost.com/2020/04/04/tv-learni... https://www.youtube.com/user/eduwebtvmoe https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04...